Saturday 25 October 2014

KURSUS MEMPROSES SUSU SOYA, DAN PRODUK SOYA

PENGENALAN


Kursus Asas Teknologi Memproses Susu Soya dilaksanakan  bagi melahirkan usahawan yang menceburkan diri secara serius dalam industri memproses minuman halal  dan makanan berasaskan kacang soya.

Dengan menyertai kursus ini para peserta akan didedahkan kepada proses-proses pengeluaran produk minuman yang boleh dihasilkan dari rumah, bengkel  mahupun di kilang yang khusus berasaskan kepada modal yang dimiliki.

Selaras dengan peruntukan Akta Makanan 1985. peserta akan didedahkan  dengan prosedur yang dipermudahkan bagi  membolehkan mereka untuk terus memajukan perusahaan kearah mencapai mencapai status IKS.

Dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman  dan mempunyai maklumat bagi peluang-peluang serta kemudahan daripada Agensi Kerajaan kearah  melahirkan lebih ramai usahawan didalam bidang ini.

TEKNIK KOMERSIAL


Memproses susu soya secara biasa  merupakan satu proses yang mudah. Anda dapat pelajari dari pelbagai sumber seperti bahan bacaan dan laman web. 



Namun bagi tujuan komersial beberapa teknik yang berkesan perlu dipelajari bagi memastikan produk yang dikeluarkan mencapai kuantiti dan kualiti yang tinggi. Antaranya perkara-perkara yang tidak mampu dicapai melalui pemerosesan secara biasa ialah:-

i) Memproses secara biasa hanya sebahagian kecil sahaja kacang soya yang hancur dan larut dalam air sebagai susu soya, sebahagian besar susu soya terbuang bersama hampas soya. Anda perlu mempelajari teknik bagi membolehkan kacang soya yang digiling dan disaring hancur dan larut mengeluarkan susu soya yang dapat mencapai 85% hingga 100%


ii)Terdapat mendapan dalam susu soya yang dihasilkan, akan menimbulkan kesan seperti produk yang rosak. Untuk menjaga supaya tidak membentuk mendapan, bahan penstabil adalah diperlukan.


iii) Memantapkan cita rasa susu soya yang dihasilkan. Untuk memantapkan cita rasa susu soya kepada rasa yang diterima umum terdapat bahan-bahan yang perlu dicampur semasa memproses susu soya.


iv) Daya tahan produk - dalam keadaan biasa susu soya hanya dapat bertahan 8 jam, jika disimpan dalam peti sejuk dapat bertahan hingga 5 hari. Bagi tujuan pembotolan jangka hayat susu soya perlu dipanjangkan sehingga sekurang-kurang nya 6 bulan atau lebih.



PELAKSANAAN

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu dan komersil . Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan secara profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran. 



PESERTA



Terbuka kepada semua golongan.


TEMPOH KURSUS BERJADUAL

Jangkamasa kursus asas  ialah selama satu (1) hari.

TEMPOH KURSUS LUAR BERJADUAL/ PERSEORANGAN



1. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kelas secara perseorangan, kelas secara ekseklusif   diadakan mengikut waktu dan masa yang sesuai dengan anda setelah mengatur dengan pengurusan kami. 

2. Masa yang diperlukan untuk satu-satu kelas selama lebih kurang 4 jam


3. Kelas di area Marang, berdekatan dengan Bandaraya Kuala Terengganu.


4. Dapat membuat booking awal bagi memastikan waktu yang sesuai dengan anda dapat dipenuhi. 



Hubungi 013-9389712 / 0193203692 untuk menetapkan masa.


Jangka masa kursus asas di luar jadual dijalankan mengikut keperluan peserta secara ekseklusif. Hubungi e-mail : astapbaru@gmail.com .

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Makan minum, nota kursus dan bahan-bahan mentah disediakan sepanjang tempoh kursus.
KANDUNGAN KURSUS :
A) PENGENALAN
1. Memahami keperluan bagi minuman  mengikut Akta Makanan 1985.
2. Teknik membuat susu soya.
3. Bahan-bahan asas bagi memproses minuman air buah-buahan.
4. Mengenal kondisioner makanan yang dibenarkan.
5. Mengenal pengawet yang dibenarkan serta kadar yang benarkan oleh undang-undang.
6. Mengtahui penggunaan pengawet melebihi kadar yang dibenarkan boleh membawa maut kepada pengguna.
7. Mengenal perisa dan fungsinya.
8. Mengenal pewarna yang dibenarkan.
9. Formulasi membuat susu soya
10. Mengenal alat-alat penyukat.
11. Cara memulakan perusahaan
12. Cara membuat produk tahan lama.
13. Teknik pembotolan dan pembungkusan. 
14. Mengenal pasti keperluan mesin bagi skala industri.
15. Mengenalpasti mesin alternatif bagi bajet terhad.
14. Teknik melakukan R&D bagi menghasilkan produk bermutu.
B) PRODUK-PRODUK YANG BOLEH DIHASILKAN
i. Susu Soya
ii. Susu soya Pelbagai Perisa dan warna
iii. Taufu fa
iv. Taufu fa Berperisa

C) TEKNIK PEMBUNGKUSAN / PEMBOTOLAN SUSU SOYA
i. Botol kaca
ii. Botol plastik HDPE
iii. Botol plasti PET
iv. Tin aluminium

D) TEKNIK PENGAWETAN SUSU SOYA
i) Teknik pesteurisasi
iii) Teknik sterilisasi- Retort digunakan bagi mengawet susu soya untuk tahan dalam jangka masa yang sesuai. Contoh penggunaan retort sebagaimana berikut :-


E) PELEBELAN
i. Piawaian perlebelan
ii. Info yang diperlukan pada label
ii. Prosedure mendapatkan sijil pengesahan Ujian makmal bagi mendapatkan pengesahan makmal kandungan bahan dalam produk yang dihasilkan dan yuran.
F) BAR CODE
i) Keperluan Bar Code
ii) Pengenalan Bar Code GS1 Malaysia
iii) Pendaftaran dan yuran
G) TRADE MARK
i) Mendaftar jenaman produk minuman anda
ii) Tatacara pendaftaran
iii) Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan Pendaftat
iv) Pendaftaran melalu ajen.
H) GERAKAN MEMBURUKAN PRODUK SOYA
Aktiviti memburukkan produk soya melalui media sosil ada dijalankan oleh individu yang
kononnya produk ini memberi kesan buruk kepada kesihatan pengguna akibat sentimen anti barat kerana sebahagian soya diimpot dari negara-negara barat. Kempen ini sedikit sebanyak menjejaskan peniaga-peniaga kecil soya seluruh negara yang majoritinya peniaga kecil. Perkaraini sebenarnya tidak lebih dari perang saikologi anti barat, hakikatnya perkara ini hanyalah provokasi kerana hingga kini kerajaan khususnya kementerian kesihatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengharamkan produk soya.

Untuk mendapatkan maklumat tentang soya, sila dapatkan daripada pelbagai pihak dan pelbagai bahan bacaan. Jangan hanya mendapatkannya dari penjual produk soya dan jangan hanya mendapatkannya dari mereka yang anti soya. Sebaliknya dapatkan bukti-bukti dari kajian yang telah dilakukan. 
Ramai juga kata sebab soya ni bukan makanan sunnah, mungkin sebab ia tidak ditanam di sana (Arab Saudi) dulu, namun tak pula disebutkan soya adalah haram kan. Banyak lagi makanan kita hari ini pun bukan berasaskan sunnah. Nilailah dengan ilmu, bukan emosi semata-mata.

Pada faktanya, Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina. Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan.

Kacang soya atau kedelai mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan. Susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone iaitu komponen sebatian kimia yang dikaji mampu melegakan simptom menopaus, mengelakkan kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko peyakit jantung.

Menurut petikan daripada akhbar arus perdana, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Dr. Mohamad Ali Hasan mencadangkan supaya program bekalan susu 1Malaysia digantikan dengan telur atau susu soya bagi mengelakkan kejadian sama (keracunan makanan) berulang.“Kita mahu pastikan murid-murid sekolah betul-betul mendapat makanan dan nutrisi terbaik dengan menggantikan susu kepada susu soya ataupun telur, saya rasa ramai ibu bapa akan lebih yakin dengan makanan yang diberikan kepada anak-anak mereka,” katanya.(Utusan Malaysia)
I) PENUTUP
i. Memproses susu soya merupakan satu bidang keusahawanan yang berdaya maju kerana produk ini mempunyai permintaan yang sentiasa meningkat.
ii. Industri ini boleh diceburi dengan mudah kerana boleh dimulakan dengan menggunakan teknologi asas yang mudah dan murah dirumah atau bengkel.
iii. Bila telah memulakan industri secara kecilan, anda berpeluang memohon bantuan dan geran yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk meningkatkan usaha anda ketahap IKS.

TARIKH :   klik sini

MASA   :  Bermula jam 9.30 pagi 

TEMPAT : Lot 14915, Taman Mengkuang Indah, Tingkat Bawah Kg Padang Mengkuang, Bukit Payong, 21600 Marang Terengganu.

TEMPAHAN : Sila hubungi no telefon / email di bawah untuk pengesahan tempat dan tarikh kursus.


wmkfood@gmail.com


CALL/SMS/WHATAPPS : 013-9389712 /0193203692

SIAPA PATUT HADIR ?

Mereka yang berminat untuk menambah pengtahuan, memulakan usaha kecil-kecilan  serta ingin berminat menjadi  usahawan IKS patut hadir kursus ini.

YURAN PENYERTAAN
Rujuk : http://wmkfoodindustries.blogspot.my/
Yuran termasuk:-

Kos Penyediaan Bahan Untuk Praktikal 
Kos Makan dan Minum Sepanjang Kursus
Nota-nota Lengkap
Sijil Penyertaan kursus

DAFTAR SEGERA KURSUS YANG ANDA INGIN SERTAI :-